Ayat 2-27 al-Baqarah Allah menyebut 3 golongan manusia iaitu 1. manusia bertakwa, 2, manusia kafir, 3.manusia munafik. Kemudian dalam ayat 27 dan 28 al-Baqarah, Allah menegur mereka yang kafir dan munafik mengapa kamu tidak bersyukur sedangkan mereka dicipta oleh Allah dan menyediakan segala apa yang ada di bumi untuk mereka, Lalu Allah menyatakan dalam ayat 30 al-Baqarah 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi'. Ertinya inilah tujuan penciptaan manusia, dan khalifah adalah kod status bagi orang yang bertakwa, yang ciri-cirinya ialah ayat-ayat yang menyebut khalifah atau yang membawa maksud khalifah. Soal pokoknya ialah ayat 165 al-Anam dan 69 al-Araf, dan disimpulkan oleh ayat 62 an-Naml.
No comments:
Post a Comment